aku bangun tidur,
ALHAMDULILLAH aku masih bernafas lagi.
aku keluar mahu bersarapan, lantas menghirup udara. itu adalah NIKMAT ALLAH.
aku melangkah ke kereta. ALHAMDULILLAH ku punya kenderaan utk ke mana2.
aku merasa makanan, ALHAMDULILLAH lidahku masih dapat merasa kelazatan, NIKMAT dari ALLAH.
Aku memandang sekeliling, makcik di kaunter tersenyum sambil menyerah kan baki wang, ALHAMDULILLAH kerana senyumannya itu memberi cahaya kasih sayang kpd ku.
aku kembali, membuat kerja2.. ALHAMDULILLAH ku punya tenaga dan ANUGERAH dari ALLAH ku gunakan sebaik baik mungkin.
ALHAMDULILLAH.
bagaimana dgn anda?sudah senaraikan nikmat-nikmat yg ada pd anda di dunia ini? mari kita sama2 musahabah diri, mensyukuri nikmat yang tidak terbatasnya diberikan drpd Pencipta kita, ALLAH S.W.T. Amin ya Rabbal Alamin. Jauhkan lah kami dari golongan yang kufur terhadap nikmatmu ya ALLAH.
0 comments:
Post a Comment