Tuesday, June 07, 2011

tribute to arwah syafiq suhairi


dan aku baru perasan kebanyakan post aku ada kaitan mengenai kematian. kenapa? sebab tanpa kita sedari, satu per satu kita akn kehilangan org di sekeliling kita,.. sebab KEMATIAN dalah sesuatu yang pasti bagi yang hidup.

dan hari rabu yang lalu, aku kehilangan seorang kwn yang aku kenali hampir 5 tahun, Allahyarham Syafiq Suhairi. meninggal dalam usia yg sangat muda akibat leukimia. tapi apa boleh buat. Allah lebih menyayangi dirinya.

Arwah selepas konvokesyen di UTM (gambar diambil dari fb)



cuma yang aku terkilan aku terlambat tahu mengenai kematiannya, itupun melalui facebook. aku menangis saat aku mengetahui berita tersebut, teringat pula ketika aku melawat arwah di hospital sekitar februari yang lalu. dan tidak aku sangka itu adalah pertemuan ku yang terakhir dengannya,. snyum nya, tawanya cara percakapannya masih segar di ingatan ku.



kdg2 aku rasa kasihan kerana arwah tak sempat bekerja, lepas2 graduate je baru tahu mengenai penyakitnya dan terus dari masa ke semasa kena buat rawatan di hospital. aku tgk nasib org lain semua lain-lain. ada yang lepas grad kerja, enjoy2 (termasuk diri ku), happy sana sini..kurang mengingati mengenai kematian, mengenai ALLAH.. mengenai akhirat. semua enjoy tak ingat dunia. aku pun kdg2 alpa dgn arus dunia. sesekali bila berita kematian ini datang, ia bagai menghantuk kepala ku ke dinding. seolah-olah mengingatkan ku bahawa yang paling utama adalah kehidupan di akhirat.. bukan di duina. tapi manusia? mengejar dunia bagaikan dunia ini adalah kekal selamanya..maaf, mungkin aku sedikit emosi kerana walau arwah pergi dalam usia muda, tetapi aku masih ingat bahawa orang yang baik-baik akan selalu dijemput dahulu sebagai tetamu ALLAH..


cuma dapat aku katakan arwah seorang yang sgt tabah. tidak tergambar kesakitan pada wajahnya, tidak bersungut atau merungut. sentiasa tersenyum walaupun pada hakikatya sangat perit kesakitan yang dialaminya.


kepada sahabatku syafiq; hanya doa dan al-fatihah dariku dapat keberikan, semoga engkau tenang di sana... terima kasih, mengenali mu suatu rahmat bagiku.

p/s: ramai menyangka kematian adalah pengakhiran..tetapi kematian adalah PERMULAAN kehidupan di akhirat. mari kita renung-renungkan

0 comments: