Wednesday, January 11, 2012

ibadah

Bahawa ALLAH S.W.T pernah berfirman, 

" Dan tidaklah Aku jadikan manusia melainkan semata-mata untuk beribadat kepadaKu ".

kemudian aku terfikir sejenak. maksudnya hidup ini hanya sembahyang, baca Al-Quran dan selawat saja kah?
kemudian aku pulak pergi sign borang opsyen 60 tahun.
bila masa nya aku nak wat byk2 ibadah kalau dah tua keropot pun kena pergi kerja.

kejahilan aku mula terserlah bila aku menyangka bahawa ibadah kepada Allah hanya meliputi solat, puasa, zikir dan sebagainya.
sebenarnya hari-hari setiap masa pun adalah ibadat sekiranya kita punya niat yang betul.

pergi kerja misalnya. kalau pagi2 niat pergi kerja kerana ALLAH, itu sudah merupakan satu ibadah. bila kita niat semua kerana ALLAH dan hanya mengutamakan pandangan ALLAH, kita tidak peduli sekiranya bos kita puji atau kita dimaki atau sebaliknya. yg kita kisah, hanya pandangan ALLAH. yg kita kisah, kita sudah lakukan yang terbaik tanpa perlu sanjungan atau pujian dari orang lain. Pangkat, gaji dan sebagainya adalah additional value sahaja. Amat berbeza orang yang bekerja kerana gaji dan orang yang bekerja kerana ALLAH. 

Bila kita bekerja kerana gaji, kita cepat mengeluh, cepat complain, cepat marah bila disuruh itu ini, cepat sangat fikiran negatif hinggap di minda.
 tetapi, bila bekerja kerana ALLAH, kerana tanggungjawab yang diberi, kita akan merasa ketenangan di hati. segala masalah dapat ditangani. stress atau tekanan kita tak rasa sangat. adapun mungkin cuma keletihan sahaja. yang penting kita puas, apabila kita niat kerana ALLAH.

jadi, bagi yang akan bekerja 20-30 tahun lagi adalah amat rugi sekiranya kita bekerja tetapi niat kita salah. jadi, marila sama2 kita audit diri balik. apa selama ini kita bekerja kerana apa?pangkat?gaji?
atau sekadar menunggu jam untuk pulang?

banyak lagi jenis2 ibadah yang kita boleh lakukan, walau senyuman pada orang pun satu sedekah, memandang wajah ibu bapa merupakan satu rahmat,apatah lagi berbuat baik kepada mereka. ALLAH telah memberikan kita banyak peluang untuk kita beribdah, rugilah kalau kita hidup di dunia hanya untuk berseronok dan mengejar kebendaan semata-semata....

0 comments: